Masjid Jamek Bandar Seri Petaling terletak di tengah-tengah pusat komersil dan kawasan kejiranan Bandar Baru Seri Petaling. Masjid ini juga terkenal kerana peranannya sebagai pusat utama Jemaah Tabligh di Malaysia.
Dengan kepadatan penduduk sekitar dan bilangan jumlah jemaah yang hadir ke masjid ini sepanjang masa, tiada ruang khusus untuk meletakkan kenderaan para jemaah. Ada di antara jemaah yang terpaksa meletakkan kereta di bahu-bahu jalan dan amat berbahaya kepada kepada para jemaah dan juga pengguna jalan raya.
Sebagai mengambil langkah ke hadapan, pihak masjid berhasrat untuk membangunkan sebuah blok bangunan yang dikhususkan untuk tempat letak kereta. Pembangunan 1 blok bangunan tempat letak kereta sehingga 7 tingkat ini turut bakal dilengkapi dengan kemudahan wuduk dan tandas di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur.
Pembangunan ini akan melibatkan 2 Fasa :
Fasa 1 : Pembinaan tempat letak kereta yang akan menempatkan sebanyak 248 petak parker bermula dari tingkat 1 sehingga tingkat 3 dan ruang kemudahan wuduk dan tandas.
Fasa 2 : Pembinaan tempat letak kereta yang akan menempatkan sebanyak 348 petak parker bermula dari tingkat 4 sehingga tingkat 7 dan ruang kemudahan wuduk dan tandas.
Terkumpul
RM968.00
RM968.00
Sasaran Kutipan
RM40,250,000.00
RM40,250,000.00
Bermula Dari | 28/10/2024 |
Hingga | 28/10/2026 |
Adakah artikel ini mempunyai maklumat yang anda cari?
Kongsikan dengan pengguna lain.