Rukun wakaf terbahagi kepada empat:
Pewakaf (Waqif)
Syarat orang yang berwakaf terbahagi kepada empat:
- Orang yang berwakaf hendaklah pemilik penuh kepada harta tersebut dan pewakaf hendaklah seorang yang merdeka (bukan hamba).
- Pewakaf hendaklah seorang yang berakal. Tidak sah wakaf bagi orang gila, bodoh (dungu) atau mabuk;
- Pewakaf hendaklah seorang yang Baligh.
- Pewakaf hendaklah berwakaf dengan pilihan sendiri bukan secara paksaan.
Harta Yang Diwakafkan (Mauquf)
Syarat harta yang diwakafkan hendaklah:
- Harta itu dapat diambil manfaatnya.
- Harta itu mempunyai nilai harga.
- Harta itu adalah milik sempurna pewakaf.
- Harta itu hendaklah digunakan untuk tujuan yang diharuskan oleh syarak.
- Harta itu hendaklah digunakan untuk tujuan yang diharuskan oleh syarak.
- Harta tersebut adalah harta yang jelas.
Penerima Manfaat Wakaf (Mauquf Alaihi)
Syarat penerima manfaat wakaf ialah :
- Penerima manfaat wakaf adalah orang atau institusi yang wujud atau diketahui wujud juga boleh memiliki dan menerima manfaat harta wakaf tersebut.
- Penerima manfaat wakaf mampu menjadikan manfaat tersebut sebagai perkara yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT dan untuk kepentingan masyarakat umum.
Akad (Sighah)
Sighah ertinya suatu penyataan wakaf sama ada secara lisan, tulisan atau melalui isyarat. Akad (Sighah) terbahagi kepada dua bahagian :
-
Akad Secara Terang (Sarih)
Lafaz akad secara terang untuk mewakafkan sesuatu harta wakaf contohnya: "Aku wakafkan tanah ini untuk didirikan masjid." -
Akad Secara Tidak Terang (Kinayah)
Lafaz akad secara tidak menjelaskan perkataan wakaf contohnya: "Aku berikan harta ini untuk tujuan kebajikan umum."
Adakah artikel ini mempunyai maklumat yang anda cari?
Kongsikan dengan pengguna lain.