Info Wakaf

Wakaf Tunai

Wakaf Tunai bermaksud mewakafkan apa-apa sumbangan wang tunai, nilaian emas, atau yang seumpama dengannya daripada mana-mana orang bagi apa- apa maksud wakaf sama ada am atau khas.

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-128 yang bersidang pada 4 Mac 2021 telah memutuskan bahawa wang tunai dengan sendirinya boleh dianggap sebagai harta wakaf tanpa perlu menukarkannya kepada harta kekal dengan syarat nilai asal wang yang diwakafkan hendaklah sentiasa dipelihara sifat kekalnya, dikembangkan dan meningkat.

Wakaf Tunai juga terbahagi kepada Wakaf Tunai Am dan Wakaf Tunai Khas:

  • Wakaf Tunai Am

    Wang tunai am adalah satu produk yang ditawarkan kepada masyarakat bagi memberikan alternatif kepada bakal waqif yang tidak mempunyai hartanah untuk diwakafkan. Wang tunai yang diwakafkan digunakan untuk tujuan pembelian aset, pembangunan aset, pelaburan dan perkara lain mengikut hukum syarak.

  • Wakaf Tunai Khas

    Wakaf tunai khas adalah wang tunai yang diwakafkan untuk tujuan khusus yang diniatkan oleh pewakaf. Surat Ikatan Wakaf Khas perlu diwujudkan berdasarkan dasar dan polisi wakaf dan ditadbir urus oleh Jawatankuasa Wakaf MAIWP dan penggunaan serta perbelanjaan tertakluk kepada surat ikatan wakaf khas yang diluluskan oleh Jawatankuasa Wakaf MAIWP.

Adakah artikel ini mempunyai maklumat yang anda cari?

Kongsikan dengan pengguna lain.