Madrasatul Rashidiya merupakan sebuah surau yang telah dibangunkan oleh komuniti India Muslim melalui usahasama dan kolaborasi masyarakat setempat di sekitar Sentul sejak penubuhannya pada tahun 2005.
Sebelum ini, pengurusan surau telah menyewa rumah kediaman, bangunan kediaman dan ruang pejabat untuk dijadikan surau. Akibat dari kenaikkan kadar sewaan, Madrasatul Rashidiya telah berpindah lokasi sebanyak 5 kali.
Pembangunan surau Madrasatul Rashidiya ini bakal memuatkan seramai 200 orang jemaah. Antara objektif utama pembinaan surau ini ialah memudahkan masyarakat setempat dan juga masyarakat India Muslim untuk melaksanakan solat secara jemaah, aktiviti keagamaan, kelas mengaji dan fardhu ain dan sebagainya.
Terkumpul
RM1,103.00
RM1,103.00
Sasaran Kutipan
RM1,882,550.00
RM1,882,550.00
Bermula Dari | 28/10/2024 |
Hingga | 28/10/2024 |
Adakah artikel ini mempunyai maklumat yang anda cari?
Kongsikan dengan pengguna lain.