Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menerima permohonan wakaf am satu lot tanah kosong di Lot 31284, Kampung Lubok Temiang, 87000 Wilayah Persekutuan Labuan oleh Allahyarhamah Dang Damit @ Asmara Binti Karia untuk dibangunkan oleh MAIWP.
Tanah tersebut sangat berpotensi untuk dibangunkan kerana kawasannya yang dikelilingi dengan rumah kediaman dan berhampiran dengan jalan utama. Tapak tanah tersebut menjadi perancangan MAIWP Labuan untuk dibangunkan bagi menjana hasil wakaf serta membentuk ekosistem ekonomi wakaf melalui kaedah sewaan.
Pembinaan rumah tersebut memberi peluang kepada penduduk Labuan atau Sabah yang bekerja di Labuan untuk menyewa rumah kerana berdasarkan kepada statistik, penyewa yang berdaftar dan menerima skim bantuan sewa rumah MAIWP adalah sebanyak 400 hingga 500 orang.
Selain itu, kawasan tapak tersebut yang berhampiran dengan sekolah rendah dan sekolah menengah serta terdapat kawasan perumahan yang mempunyai kemudahan kedai runcit menjadi tarikan kepada penduduk untuk menyewa rumah tersebut.
Pembinaan empat Unit Rumah Kediaman Jenis Teres Dua Tingkat ini agak sesuai dibina dengan memaksimumkan penggunaan tanah tanpa mengabaikan kehendak dan garis panduan yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
Terkumpul
RM266.00
RM266.00
Sasaran Kutipan
RM2,300,000.00
RM2,300,000.00
Bermula Dari | 19/08/2024 |
Hingga | 19/08/2026 |
Adakah artikel ini mempunyai maklumat yang anda cari?
Kongsikan dengan pengguna lain.