Info Wakaf

WAKAF AL-QURAN PENDIDIKAN MAIWP

WAKAF AL-QURAN PENDIDIKAN MAIWP

Program Wakaf Al-Quran Pendidikan MAIWP ini merupakan program penambahbaikan dan pemerkasaan kualiti pendidikan Al-Quran secara holistik dengan melengkapkan kemudahan naskah Al-Quran yang bersesuaian dengan pendidikan di sekolah-sekolah di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program ini melibatkan senergi kerjasama bersama MAIWP, PPZ-MAIWP, JAWI dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Dana wakaf tunai diperlukan bagi pembelian 30,000 naskah Al-Quran. Sebanyak 10,000 naskah Al-Quran akan diedarkan kepada sekolah-sekolah di bawah JAWI manakala sebanyak 20,000 naskah Al-Quran lagi akan diedarkan kepada sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Jika setiap huruf dari bacaan Al-Quran, diberikan 10 pahala. Bayangkan jika seorang itu membaca beberapa surah. Sudah semestinya anda yang mewakafkan Al-Quran tersebut juga mendapat pahala yang banyak. Jangan lupa memasang niat untuk diri atau sesiapa sahaja di kalangan orang yang kita sayangi dan cintai sama ada mereka masih hidup atau pun telah meninggal dunia. Niat sangat penting agar pahala dari wakaf itu dapat mengalir terus sebagai amal jariah dan sampai ke sisi orang yang kita niatkan. Rebut pahala wakaf berpanjangan dengan berwakaf untuk ibu ayah tersayang mahupun diri kita sendiri. Hanya RM60.00 untuk senaskhah Al-Quran.
Terkumpul
RM123,965.50
Sasaran Kutipan
RM2,070,000.00
6.8869722222222% Complete (success)
Bermula Dari 16/02/2024
Hingga 16/02/2026

Adakah artikel ini mempunyai maklumat yang anda cari?

Kongsikan dengan pengguna lain.