Info Wakaf

PEMBANGUNAN SURAU AL-KAUSAR, JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

PEMBANGUNAN SURAU AL-KAUSAR, JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Klinik Kesihatan Labuan telah beroperasi daripada tahun 2000 dan saban tahun mengalami pertambahan pesakit yang mendapatkan rawatan disini. Terdapat Rawatan peskait luar, pemeriksaan ibu mengandung bagi penduduk Labuan dan pemeriksaan dan rawatan bagi gigi. Ini merupakan klinik utama bagi penduduk Wilayah Persekutuan Labuan dan menampung perkhidmatan bagi 100,000 penduduk Labuan. Pada masa ini tiada surau bagi kemudahan ibadah di kawasan Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan. Ruangan solat khas untuk pesakit dan staff juga tiada. Ini menyukarkan mereka untuk solat zohor dan asar terutama semasa mereka terpaksa menunggu dalam tempoh yang agak lama. Sesungguhnya keperluan bagi pembinaan surau baru adalah amat mendesak bagi kegunaan pesakit yang mendapatkan rawatan dan staff yang bekerja terus daripada pagi hingga petang. Surau ini bakal didirikan di atas sebidang tanah milik Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan yang berkeluasan ΒΌ ekar. Surau yang bakal didirikan ini boleh menampung sejumlah 200 orang jemaah pada satu-satu masa.
Terkumpul
RM82,610.00
Kos Projek
RM547,400.00
15.09134088418% Complete (success)
Bermula Dari 14/02/2024
Hingga 14/02/2026

Adakah artikel ini mempunyai maklumat yang anda cari?

Kongsikan dengan pengguna lain.