Info Wakaf

PEMBELIAN FASILITI DAN KELENGKAPAN MASJID AL-SULTAN ABDULLAH, PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB)

PEMBELIAN FASILITI DAN KELENGKAPAN MASJID AL-SULTAN ABDULLAH, PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB)

Nama Masjid Al-Sultan Abdullah diambil memperingati Yang di-Pertuan Agong yang Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan merasmikan mercu tanda bersejarah ini pada tanggal 10 Januari 2024. Kedudukan masjid ini merupakan bersebelahan Stadium Merdeka dan mempunyai reka bentuk bercorak geometri kesenian Islam seperti menara moden, skrin dan seni kaligrafi Islam. Pembinaan masjid ini direka bentuk secara kontemporari dan diinspirasikan dari elemen-elemen bumbung berkubah tradisional. Kutipan wakaf tunai khas bagi menyediakan fasiliti dan kelengkapan Masjid Al-Sultan Abdullah ini dianggakan menelan belanja sekitar RM8,725,861.90. Kos ini merangkumi pelbagai aspek pembangunan, antaranya ialah penyediaan kemudahan utiliti elektrikal dan mekanikal, dekorasi, landskap, peralatan pengajian dan solat, van jenazah dan peralatan pengurusan jenazah. Selain usaha memperkenalkan masjid sebagai tempat pelancongan antara satu teknik menyampaikan dakwah dan fakta sebenar berkenaan agama Islam kepada masyarakat tempatan mahupun asing, ia turut memberi peluang dan galakkan kepada masyarakat supaya dapat terlibat sama untuk terus berwakaf sebagai saham akhirat.
Terkumpul
RM128,788.20
Sasaran Kutipan
RM8,725,861.90
1.6973272290729% Complete (success)
Bermula Dari 21/12/2023
Hingga 21/12/2025

Adakah artikel ini mempunyai maklumat yang anda cari?

Kongsikan dengan pengguna lain.