Info Wakaf

PEMBANGUNAN SURAU PRESINT 10C, PUTRAJAYA

PEMBANGUNAN SURAU PRESINT 10C, PUTRAJAYA

Persatuan Penduduk Presint 10 (PETRA) telah menubuhkan satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Pembangunan Surau Presint 10 untuk menggerakkan usaha ke arah mewujudkan surau di Presint 10. Tapak yang dicadangkan ialah di atas Lot 461, Geran 1680, Presint 10, Putrajaya yang dimiliki oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP). Keluasan keseluruhan tanah ini ialah 2,144 meter persegi.

Bilangan penduduk di Presint 10 pada masa kini telah melebihi 2,000 orang dan dijangka akan terus meningkat dari tahun ke tahun. Walau bagaimanapun, sehingga kini kawasan penempatan di Presint 10 ini masih belum memiliki surau kariahnya tersendiri. Penduduk di sini masih lagi menumpang di surau-surau berhampiran yang terletak di Presint 8, 9 dan 11 untuk melaksanakan aktiviti keagamaan dan ibadah.

Terkumpul
RM792,054.00
Kos Projek
RM2,800,000.00
28.287642857143% Complete (success)
Bermula Dari 01/07/2020
Hingga 30/08/2025

Adakah artikel ini mempunyai maklumat yang anda cari?

Kongsikan dengan pengguna lain.