Info Wakaf

PEMBANGUNAN SEMULA MASJID JAMEK PEKAN SENTUL

PEMBANGUNAN SEMULA MASJID JAMEK PEKAN SENTUL

Dengan kepadatan penduduk khususnya dan masyarakat sekitar, Masjid Jamek Pekan Sentul ini tidak lagi mampu menampung jumlah jemaah yang kian meningkat. Jumlah bilangan jemaah yang hadir ke surau telah meningkat dari semasa ke semasa sehingga tidak dapat menampung jumlah jemaah pada satu-satu masa.

Keperluan pembinaan surau baru ini adalah sangat penting kerana terdapat struktur bangunan sedia ada yang telah uzur dan usang dan berisiko kepada jemaah yang hadir. Pembangunan semula surau ini bakal memberikan tempat yang lebih selesa untuk kemudahan orang ramai beribadah yang terletak di kawasan perumahan.

Pembangunan semula ini dibangunkan di atas keluasan tapak 0.948 ekar. Pembangunan ini juga bakal dilengkapi dengan 2 komponen utama iaitu bangunan masjid (3 tingkat) dan bangunan pejabat & kuarters (4 tingkat). Pelbagai kemudahan seperti ruang solat lelaki dan perempuan, tandas lelaki dan perempuan, tempat letak kereta dan motorsikal bakal disediakan bagi menjamin keselesaan para jemaah.

Terkumpul
RM42,889.00
Sasaran Kutipan
RM9,534,254.40
0.5173173268798% Complete (success)
Bermula Dari 21/12/2023
Hingga 21/12/2025

Adakah artikel ini mempunyai maklumat yang anda cari?

Kongsikan dengan pengguna lain.