Info Wakaf

PEMBANGUNAN SURAU DAMAS, TAMAN SRI HARTAMAS

PEMBANGUNAN SURAU DAMAS, TAMAN SRI HARTAMAS

Masyarakat setempat, penghuni premis perniagaan dan pejabat, khususnya penduduk di Jalan Sri Hartamas 17 dan 18, Kompleks dan Kondominium Plaza Damas telah satu persetujuan dalam usaha membangunkan sebuah surau kekal di atas Lot 48677 sepertimana yang telah termaktub dalam pelan pembangunan terancang. Kepesatan penduduk di kawasan sekitar mengakibatkan keperluan surau amat diperlukan lebih-lebih lagi ketika Solat Jumaat.

Pembangunan Surau Damas, Taman Sri Hartamas ini merangkumi beberapa komponen utama antaranya ialah ruang solat yang boleh memuatkan 500 orang jemaah, ruang pejabat dan perdagangan, dewan serbaguna, bilik pengurusan jenazah dan tempat letak kereta terbuka dan berbumbung.

Keperluan Surau Damas amat diperlukan dalam melahirkan suasana yang lebih kondusif dan selesa kepada para jemaah untuk memunaikan solat fardhu dan melakukan aktiviti kemasyarakatan.

Terkumpul
RM8,143.00
Kos Projek
RM5,144,308.80
0.1582914307166% Complete (success)
Bermula Dari 30/08/2023
Hingga 30/08/2025

Adakah artikel ini mempunyai maklumat yang anda cari?

Kongsikan dengan pengguna lain.