Info Wakaf

PEMBANGUNAN SEMULA SURAU DAN KAFA AL-SYAKIRIN, KERAMAT WANGSA

PEMBANGUNAN SEMULA SURAU DAN KAFA AL-SYAKIRIN, KERAMAT WANGSA

Surau Jumaat Al-Syakirin, Keramat Wangsa telah dibina di atas tapak tanah milik Perbandanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan telah didaftarkan dibawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) pada 12 Julai 1999. Tapak tanah tersebut kemudiannya telah diwakafkan oleh PKNS kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi kegunaan Surau Al-Syakirin pada 21 November 2019.

Dengan komposisi penduduk yang semakin bertambah, ditambah dengan keadaan surau yang semakin uzur, pihak pengurusan surau terpaksa membelanjakan sejumlah peruntukkan yang besar untuk membaikpulih kerosakan yang sering berlaku. Surau ini juga mempunyai Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang diselia dibawah JAWI. Kelas-kelas pengajian ini diadakan diperkarangan ruang legar surau tanpa fasiliti yang lengkap dan sempurna. 

Pembinaan semula Surau & KAFA Al-Syakirin, Keramat Wangsa ini akan didirikan di atas tapak asal dan bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan-kemudahan yang selesa termasuklah bangunan lima tingkat termasuk dengan kemudahan ruang letak kenderaan, bilik pentadbiran, ruang solat utama, ruang simpanan barang, lot-lot kedai untuk dijadikan pusat ekonomi masyarakat setempat, kelas KAFA berkapasiti 500 orang pelajar dan lot-lot bilik sewa/musafir sebagai sumber pendapatan tambahan kepada surau.

Terkumpul
RM614,438.30
Kos Projek
RM22,000,000.00
2.7929013636364% Complete (success)
Bermula Dari 03/01/2023
Hingga 02/01/2025

Adakah artikel ini mempunyai maklumat yang anda cari?

Kongsikan dengan pengguna lain.