Info Wakaf

PEMBANGUNAN MADRASATHUL GOUTHIYYAH, BRICKFIELDS

PEMBANGUNAN MADRASATHUL GOUTHIYYAH, BRICKFIELDS

Madrasathul Gouthiyyah, Brickfields telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1987. Pada permulaannya, surau ini telah beroperasi sebagai madrasah dan dibina dengan menggunakan papan dan kayu sahaja. Seramai 100 hingga 150 orang jemaah yang terdiri daripada masyarakat Islam setempat di mana majoritinya kaum India Muslim daripada kawasan itu yang dahulunya dikenali sebagai Kampung Kathijah telah menggunakan surau ini bagi tujuan menjalankan ibadah solat lima waktu serta aktiviti-aktiviti keagamaan.

Disebabkan bilangan penduduk dan jemaah yang semakin meningkat tahun demi tahun, surau papan yang dibina itu telah dirobohkan pada tahun 2005 bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah surau yang lebih besar dengan kapasiti jemaah sekitar 600 orang. Susulan pembinaan surau baru itu, Madrasathul Gouthiyyah telah dinaiktaraf kepada Surau Jumaat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada tahun 2012.

Pada tahun 2013, Jawatankuasa Madrasathul Gouthiyyah telah memutuskan untuk menaiktaraf kemudahan serta ruang solat untuk menampung jemaah yang lebih ramai sekurang-kurangnya 2,500 – 3,000 orang.

Cadangan pembinaan bangunan tambahan di madrasathul Gouthiyyah ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

Sayap Kanan:

1. Parkir kereta di aras bawah yang boleh dijadikan ruang solat tambahan untuk Solat Jumaat yang boleh menampung 570 orang jemaah.

2. Ruang solat di tingkat 1 yang boleh menampung 430 orang jemaah.

3. Ruang solat di tingkat 2 yang boleh menampung 430 orang jemaah. Ruang ini juga akan dijadikan sebagai dewan serbaguna untuk sebarang majlis atau dewan kuliah.

Sayap Kiri:

1. Kemudahan Bilik Jenazah, tandas, dapur dan bilik stor di aras bawah.

2. Pejabat Surau, Bilik Imam dan Pegawai Surau serta Bilik Mesyuarat di tingkat 1 dan 2.

Terkumpul
RM1,122,782.00
Kos Projek
RM6,005,000.00
18.697452123231% Complete (success)
Bermula Dari 15/09/2022
Hingga 14/09/2024

Adakah artikel ini mempunyai maklumat yang anda cari?

Kongsikan dengan pengguna lain.