Info Wakaf

PEMBANGUNAN SURAU AL-HIJRAH, PRESINT 14, PUTRAJAYA

PEMBANGUNAN SURAU AL-HIJRAH, PRESINT 14, PUTRAJAYA

Penduduk di sekitar kawasan Presint 14, Putrajaya menunaikan solat fardhu, Solat Jumaat dan mengikuti pengajian agama dengan menumpang di Surau Al-Syakirin yang terletak di dalam kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 14(1), Putrajaya.

Sejak sekolah mula beroperasi sekitar tahun 2009, pihak sekolah telah bersetuju untuk membenarkan penduduk di sekitar Presint 14, Putrajaya menggunakan surau sekolah sebagai tempat untuk solat berjemaah.

Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak kekangan bagi menjalankan aktiviti di surau sekolah kerana penduduk dan komuniti di sekitar Presint 14, Putrajaya masih terikat dengan peraturan premis kerajaan, antaranya ialah:

a. Solat fardhu seperti Zohor dan Asar masih tidak boleh dijalankan sepenuhnya kerana masih terikat pada waktu persekolahan;

b. Aktiviti seperti korban, qiamullail, beriktikaf dan memasak tidak boleh dilaksanakan;

c. Ruang letak kereta bagi jemaah solat Jumaat adalah terhad kerana terpaksa berkongsi dengan ruang letak kereta guru dan kakitangan sekolah;

d. Pagar akan ditutup semasa solat Jumaat dan pada aktiviti sekolah hujung minggu atas dasar keselamatan; dan

e. Peningkatan jemaah khususnya ketika solat Jumaat mengakibatkan persekitaran sekolah amat sesak.

Antara komponen yang bakal disediakan di surau ini adalah seperti dewan solat utama yang berhawa dingin, tempat wuduk lelaki dan perempuan, tandas lelaki dan perempuan, bilik serbaguna, pejabat surau, bilik peralatan audio, bilik perpustakaan, bilik mesyuarat, ruang pengurusan jenazah dan ruang persediaan jamuan.

Terkumpul
RM486,961.00
Sasaran Kutipan
RM6,555,000.00
8.5431754385965% Complete (success)
Bermula Dari 15/09/2022
Hingga 14/09/2026

Adakah artikel ini mempunyai maklumat yang anda cari?

Kongsikan dengan pengguna lain.