Info Wakaf

PEMBANGUNAN SURAU PRESINT 12, PUTRAJAYA

PEMBANGUNAN SURAU PRESINT 12, PUTRAJAYA

Kawasan Presint 12, Putrajaya merupakan sebuah kawasan yang baru dan telah dibangunkan oleh pihak Putrajaya Homes (PJH). Berdasarkan cadangan asal pembangunan, terdapat tujuh kawasan perumahan yang akan dibina di kawasan ini. Tiga kawasan perumahan telah siap dan diduduki (Augusta, Pine Valley dan Turnberry) manakala empat kawasan perumahan masih lagi dalam pembinaan dan dalam perancangan (Murraya, St. Andrews, Pebble Beach dan Cypress Point).

Sehingga kini, kesemua unit-unit rumah di kawasan Pine Valley dan Turnberry telah terjual sepenuhnya dan lebih 90% kediaman ini dimiliki oleh keluarga beragama Islam.

Pihak Perbandanan Putrajaya telah mengesahkan bahawa kawasan lapang yang yang terletak di PT 14814 dan berkeluasan 0.82 ekar ini merupakan tapak surau di Plot 12V2, Presint 12, Putrajaya.

Sebagai memenuhi tanggungjawab fardhu kifayah, para penduduk telah bermesyuarat dan menubuhkan jawatankuasa dan sebulat suara bersetuju memulakan usaha membina SP12 ini.

Berdasarkan perancangan awal, surau yang bakal dibina ini berkonsepkan mesra Information Technology (IT) dan menepati konsep senibina perumahan dan bangunan moden dan futuristik di sekitar Presint 12, Putrajaya.

Antara kemudahan yang bakal disediakan di SP12 ini termasuklah dewan solat jemaah berkapasiti 1,000 orang (lelaki dan perempuan) yang berhawa dingin, Bilik persalinan Imam dan Bilal, pejabat pentadbiran, bilik mesyuarat, ruang pembelajaran / kelas mengaji berkapasiti 50 orang, ruang wuduk, tandas serta bilik mandi untuk lelaki, perempuan dan Orang Kurang Upaya (OKU), bilik pengurusan jenazah, ruang simpanan barang dan kawasan parkir motor, kereta dan kenderaan OKU.

Terkumpul
RM83,357.00
Kos Projek
RM5,716,500.00
1.458182454299% Complete (success)
Bermula Dari 05/09/2022
Hingga 14/09/2024

Adakah artikel ini mempunyai maklumat yang anda cari?

Kongsikan dengan pengguna lain.