Info Wakaf

PEMBANGUNAN SEMULA MASJID AL-MUBARAKAH, TAMAN BUKIT CHERAS

PEMBANGUNAN SEMULA MASJID AL-MUBARAKAH, TAMAN BUKIT CHERAS

Masjid Al-Mubarakah merupakan sebuah masjid yang terletak di Zon 5, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berkedudukan di atas Lot 1487 yang berkeluasan 0.655 ekar di Taman Bukit Cheras yang mana mempunyai sekitar 2,000 unit rumah dan 8,000 orang ahli qariah.

Pihak pengurusan MAM bercadangan untuk membina bangunan masjid baru bagi menggantikan bangunan masjid sedia ada.Berdasarkan keadaan semasa, Masjid Al-Mubarakah tidak lagi dapat menampung jumlah jemaah yang hadir ke masjid terutamanya pada hari-hari penting seperti Solat Jumaat, Solat Hari Raya, Solat Tarawikh dan sebagainya.

Pihak Masjid Al-Mubarakah berhasrat untuk membuat pembangunan semula masjid dan Kompleks Islam di atas lot tanah sedia ada. Antara komponen yang akan dibina di kompleks ini ialah Blok Bangunan Masjid, Blok Tadika Islam MAIWP, Blok Kuarters Imam dan Bilal, Pejabat dan Bilik Mesyuarat, Bilik Seminar dan Perpustakaan, Dewan Makan dan Dapur, Dewan Serbaguna,Bilik Pengurusan Jenazah dan Kedai Wakaf.

Keperluan menaiktaraf Masjid Al-Mubarakah adalah sangat penting dalam melahirkan suasana yang lebih kondusif dan selesa kepada kepada para jemaah untuk menunaikan solat fardhu dan melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Terkumpul
RM239,195.47
Sasaran Kutipan
RM13,800,000.00
1.9932955833333% Complete (success)
Bermula Dari 15/09/2022
Hingga 14/09/2024

Adakah artikel ini mempunyai maklumat yang anda cari?

Kongsikan dengan pengguna lain.