Masjid Al-Ghufran ini merupakan sebuah Balai Islam yang telah ditubuhkan pada 6 April 1993 dan telah berkembang menjadi sebuah masjid sekitar tahun 1998. Pembinaan Masjid Al-Ghufran ini merupakan hasil sumbangan dari orang ramai.
Bangunan Masjid Al-Ghufran sedia ada ini dilengkapi dengan kemudahan 30 kamar musafir, Sekolah Agama Al-Ghufran, dewan persidangan, dewan makan, kafeteria dan ruang pejabat yang disewakan kepada orang ramai. Masjid Al-Ghufran ini telah diiktiraf sebagai salah satu paling aktif dan diberi taraf 5 bintang oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada tahun 2019.
Pembangunan Strategik Islamic Hub ini akan dijalankan secara berfasa antaranya adalah dengan membaikpulih bangunan Masjid Al-Ghufran sedia ada, pembinaan rumah kedai dan parkir bertingkat.
RM37,602.00
RM271,760,904.50
Bermula Dari | 15/09/2022 |
Hingga | 14/09/2024 |
Adakah artikel ini mempunyai maklumat yang anda cari?
Kongsikan dengan pengguna lain.