Secara umumnya, pembangunan Madrasah Hidayatul Mustaqimah telah dibina seawal tahun 1970-an. Madrasah Hidayatul Mustaqimah dibina di atas lot 38723 seluas 1,638 meter persegi dan kedudukannya adalah bersebelahan dengan Tadika Islam MAIWP Hidayatul Mustaqimah. Dengan kepadatan penduduk khususnya bagi yang beragama Islam, Madrasah Hidayatul Mustaqimah tidak lagi mampu menampung jumlah jemaah yang kian meningkat. Tambahan pula dengan struktur surau yang terlalu usang dan lama.
Bangunan surau baru ini dijangka dapat menampung sejumlah 850 orang jemaah berbanding 250 orang jemaah. Keluasan bangunan surau baru ini dianggarkan berjumlah 3,200 kaki persegi dan ianya bakal dilengkapi dengan kemudahan seperti ruang solat lelaki dan perempuan, bilik Imam, bilik pengurusan jenazah, bilik makan tetamu, dapur, tandas lelaki dan perempuan, bilik sistem audio, tempat letak kereta dan motorsikal.
Keperluan pembinaan surau baru ini adalah sangat penting kerana terdapat struktur bangunan sedia ada yang telah uzur dan usang dan berisiko kepada jemaah yang hadir. Jumlah bilangan jemaah yang hadir ke surau telah meningkat dari semasa ke semasa sehingga tidak dapat menampung jumlah jemaah pada satu-satu masa. Pembangunan semula surau ini bakal memberikan tempat yang lebih selesa untuk kemudahan orang ramai beribadah yang terletak di kawasan perumahan.
RM627,390.00
RM1,050,525.00
Bermula Dari | 01/03/2022 |
Hingga | 28/02/2025 |
Adakah artikel ini mempunyai maklumat yang anda cari?
Kongsikan dengan pengguna lain.