Info Wakaf

MENAIKTARAF SURAU AN-NAJAH, PRESINT 9, PUTRAJAYA

MENAIKTARAF SURAU AN-NAJAH, PRESINT 9, PUTRAJAYA

Bangunan Surau An-Najah terletak bersebelahan dengan Sekolah Rendah Agama Al-Najah dan didirikan di atas lot 562 yang berkeluasan 1.617 hektar. Surau An-Najah telah didaftarkan sebagai surau di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 5 Mei 2011. SAN telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 23 Jun 2011. 

Keluasan binaan bangunan surau ini ialah 5,000 kaki persegi dan mampu menampung jemaah sekitar 400 orang pada satu-satu masa manakala kawasan luar dewan solat pula boleh menampung sekitar 200 orang jemaah. Pihak Surau An-Najah telah menyatakan hasrat untuk membuat pengubahsuaian dan menaiktaraf perkarangan luar dewan solat dengan memasang dinding kaca secara tertutup. Ia bertujuan memberi keselesaan kepada jemaah untuk beribadah di sekitar luar dewan solat. 

Surau An-Najah juga berhasrat untuk membina bangunan tambahan (bilik pengajian Muslim) dan pembelian sistem siar raya (PA system) yang baru. Pengubahsuaian dan menaiktaraf Surau An-Najah ini bakal memberi keselesaan kepada 600 orang jemaah termasuk di luar perkarangan dewan solat dan memberi kemudahan tempat yang selesa kepada para guru dan para pelajar di Sekolah Rendah Agama An-Najah untuk melaksanakan aktiviti amali bagi subjek Pendidikan Islam. 

Terkumpul
RM103,825.00
Kos Projek
RM102,000.00
101.78921568627% Complete (success)
Bermula Dari 01/03/2022
Hingga 28/02/2023

Adakah artikel ini mempunyai maklumat yang anda cari?

Kongsikan dengan pengguna lain.