Info Wakaf

PEMBANGUNAN SURAU AR-RAUDAH, SMK TAMAN BUKIT MALURI

PEMBANGUNAN SURAU AR-RAUDAH, SMK TAMAN BUKIT MALURI

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Maluri terletak di Jalan Burung Kasawari, Taman Bukit Maluri, Kepong, Kuala Lumpur. Sekolah ini merupakan sekolah harĂ­an yang mempunyai dua sesi iaitu sesi sebelah pagi dan petang.

Warga sekolah yang beragama Islam akan mendirikan solat fardhu Zohor dan Asar di sekolah tersebut. Pada ketika ini, unit-unit bilik darjah terpaksa dijadikan sebagai bilik solat yang mana lokasinya sukar diakses oleh semua warga sekolah. Tambahan pula dengan ketiadaan kemudahan tempat untuk berwuduk.

Pihak Pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Maluri dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah berbincang dan bersetuju untuk membina sebuah surau yang lebih selesa bagi menggantikan bilik solat sedia ada.

Keperluan pembinaan Surau Ar-Raudah ini adalah sangat penting bagi menjamin keselesaan dalam melaksanakan ibadah dan aktiviti keagamaan untuk warga sekolah. Menyediakan kemudahan yang lebih selesa kepada warga sekolah yang hadir untuk beribadah di surau.

Terkumpul
RM59,410.00
Sasaran Kutipan
RM517,500.00
13.202222222222% Complete (success)
Bermula Dari 01/03/2022
Hingga 30/08/2025

Adakah artikel ini mempunyai maklumat yang anda cari?

Kongsikan dengan pengguna lain.